Thursday 14 July 2011

Aktiviti Pendidikan Khas,Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 17, Yan.

Majlis Tilawah Al-Quran.

Terapi Boling Pizza, Giant.





Membuat apron.

Aktiviti bersama Jabatan Pertahanan Awam.

SINOPSIS ARTIKEL


APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA : PENGUASAAN GURU DAN KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN ( Yahya Othman, PhD, Roselan Baki, PhD )
Artikel ini membincangkan pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer merupakan satu kaedah pengajaran. Namun sejauh mana keberkesanannya? Artikel ini mengkaji kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pada 87 orang guru bahasa Melayu. Dapatan  kajian  menunjukkan guru-guru mempunyai kursus asas komputer. Namun kurang pendedahan  yang berkaitan  penyediaan  bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web. Di samping itu, kekangan guru dalam menjalankan pengajaran bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan  komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.

Wednesday 13 July 2011

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya



“Tangan yang berada di sebelah atas (suka memberi) adalah lebih baik dari tangan yang berada di sebelah bawah (suka meminta-minta).”(H.R.Bukhari)

Thursday 9 June 2011

artikel saya

http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf

SAJAK
Guru
Berdirinya aku di sini
Di tengah-tengah kota yang pesat
Bersama rakan seperjuangan mu
Menjunjung amanah
Sandaran harapan insan berjuta
Mengasuh mendidik
Tunas bangsa
Harapan nusa

Namun
Usiaku  di ambang senja
Masa enjoyku sudah tiada
Kekosongan menjengah tiba
Mengisi hari muka

Esok masih ada
Tugasku tidak berakhir begitu sahaja,
Cabaran dan dugaan  datang tiba
Harapan yang tinggi di sandar
Tanpa memikirkan kesan mendatang


Tugasku ibarat air sungai yang mengalir
aku ibarat  anggota polis
aku ibarat penjalan hukuman
Tetapi
Hukuman yang diberi
Disalah erti

Akhirnya
Kebingungan menguasai diri
Tugas dijalan seperti yang dikehendaki
Amanah dipikul seikhlas hati
Usaha tangga kejayaan

Namun
Untuk ke peringkat yang lebih tinggi
Bukanlah semudah  ABC
Bukanlah sesusah formula fizik
Peluang yang diberikan
Tidak jua seluas laut di bumi

Guru
Hadirmu bagai pelita
Cahayamu  bagai menyuluh alam semesta
Ucapanmu bagai doaEngkau ibarat akar segala ilmu

Namun
Malas, lembap, bodoh
Menghiasi bibir
Kepada anak bangsa aku curahkan
Tugasku sebagai pendidik
Terhenti di situ
Semangatku mulai luntur
Kerjaku semakin bertimbun
Stress semakin menguasai diriku
Mindaku mulai kosong

Anak-anakku
Maafkanlah gurumu ini
Andai setiap ucapanku menghiris kalbu
Harapanku cuma satu
Melihat engkau
Anak-anakku
Menjadi insan pemangkin
Negara

artikel saya...

http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf